ETTIHAD PERMAYA ENTERPRISE

13110001242107 Islamic CIMB bank

Tuesday, September 16, 2014

KORBAN DI YAMAN

>Iklan: Promosi Jom Sertai Qurban Aqiqah di Yaman<Mari sertai Majlis Qurban Aqiqah di Yaman 2014Harga sebahagian lembu: RM 450Harga seekor kambing; RM350-450Akaun Ettiihad Permaya Enterprise: 13110001242107 (CIMB Islamic)Tarikh tutup: 28 September 2014Sebarang sumbangan amat dialu-alukanUntuk keterangan lanjut sila hubungiUstaz Aafif: +967 739 299 503 (Yaman)Ustaz Abbas: +6014 5222445 (Malaysia)"Permaya Dihatiku""Ukhuwwwah Dierat Menjulang...

Monday, September 1, 2014

PERUTUSAN PRESIDEN: MERDEKA 57

بسم الله الرحمن الرحيمDi kesempatan ini saya mewakili seluruh warga Permaya dan para pelajar yang berada di bumi Iman dan Hikmah, untuk mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57.Marilah sama-sama kita menghayati semangat kemerdekaan yang telah dicapai semenjak lebih 50 tahun lamanya dengan ilmu dan pengetahuan yang sebenar.Jadikan semangat pejuang kemerdekaan di zaman dahulu sebagai perintis bagi membebaskan kita dari kepompong pemikiran yang...

Sunday, August 31, 2014

MAJLIS RAMAH MESRA

SANA'A- Sebuah Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Ustaz Rosli bin Abdul Jabar, serta Ustaz Shaharudin Mohd di rumah PERMAYA. Ia diadakan pada hari khamis, pada tarikh 28 Ogos 2014. Pihak PERMAYA mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengannya untuk beliau menceritakan sedikit pengalaman beliau setelah sekian lama menceburi dalam bidang dakwah dan politik.  Majlis tersebut bersempena kedatangan YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar, ADUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang Darul Makmur, ke Sana'a, Yaman. Tujuan kedatangan beliau ke Sana'a ialah...

Saturday, August 23, 2014

KULIAH KHAS: "VIVA PALESTIN"

SANA'A- Lajnah Dakwah & Tarbiah telah menganjurkan sebuah kuliah khas "Viva Palestine" pada 21 Ogos 2014  bersempena tentera Israel laknatullah menyerang semenanjung Gaza sejak bulan Julai 2014. Kuliah tersebut bertempat di Rumah PERMAYA serta mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan.  Lajnah Dakwah & Tarbiah menjemput Ustaz Darda' bin Mohamad, sebagai penceramah pada malam itu. Beliau merupakan seorang lepasan dalam bidang Pengajian Islam di universiti di England. Beliau sekarang bekerja sebagai pensyarah di Universiti...

Wednesday, August 20, 2014

Dari Meja Presiden : Kenyataan Rasmi Presiden Permaya

-Berhubung Keadaan Semasa dan Kedatangan Pelajar Wanita ke Yaman.- بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, pujian dan syukur terhadap Ilahi di atas segala nikmat yang diberi. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kerana dengan pengorbanan dan ketabahan baginda dalam membawa risalah nubuwwah. Maka pada hari ini kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam. Berhubung dengan keadaan semasa di Yaman pada hari ini, setelah penelitian dan pengamatan saya dan pimpinan Permaya. Berikutan suasana politik Yaman...

Sunday, July 20, 2014

BORANG SELANGKAH KE BUMI HIKMAH

Borang boleh di muatturun di link ini Downlo...

Monday, June 2, 2014

Blog Ini Sedang Dikemaskini

Pihak editor sedang mengemas kini blog ini dari segi konsep dan tema blog ini.Diharapkan anda dapat bersabar kerana buat masa sekarang ini tema blog ini dalam keadaan yang masih dalam pembaikan.Sebarang cadangan atau komen sila ajukan di bahagian komen.Seki...

Friday, March 28, 2014

Peluang Baik..!!

Hasil perbincangan dua hala dengan badan NGO yang hadir ke bumi Yaman baru-baru ini. Alhamdulillah, Permaya telah berjaya mencapai kata sepakat demi untuk membantu berkaitan kebajikan ahli yang memerlukan. InsyaAllah pihak Permaya akan cuba mengusahakan proses mendapatkan bantuan zakat dari pihak yang tertentu, dan mudah-mudahan dengan berkat doa yang tidak putus kita panjatkan akan membuahkan hasil yang baik untuk kita semua. Dengan itu, bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan zakat tersebut bolehlah mengisi borang yang tertera di bawah ini...

Wednesday, March 19, 2014

Kesepakatan PERMAYA - Turkish Airlines : Berjalan Lancar

SITTIN - Alhamdulillah, bertempat di pejabat Turkish Airlines INC yang berpengkalan di Sana'a. Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah berjaya menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan antarabangsa yang tidak asing lagi, Turkish Airlines. Mewakili PERMAYA dalam pertemuan bagi menandatangani kerjasama tersebut adalah Presiden PERMAYA sendiri, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat dan Turkish Airlines INC...

Tuesday, February 25, 2014

Ayah Ammar : Pesanan Buat Warga PERMAYA

SANA'A – Bertempat di Hotel Mercure satu pertemuan mesra diadakan diantara Presiden badan NGO (WADAH) Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman bersama Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA), Ustaz Abdul Rahman Che Mat, dengan ditemani oleh Setiausaha Agungnya, Ustaz Ahmad Furqan Bin Ismail, pada beberapa hari yang lalu. Pertemuan yang berlangsung sekitar 30 – 45 minit itu bagi menjalinkan hubungan baik pihak PERMAYA dengan badan tersebut disamping usaha untuk menambahkan rangkaian perhubungan. Kedatangan beliau ke Yaman bagi menjayakan...

Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul : Bukan Sekadar Sambutan

بسم الله الرحمن الرحيم لقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا Artinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai orang Islam dan  umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana yang diketahui umum, bulan Rabiu'l Awwal...

Sunday, January 12, 2014

Pekeliling Keadaan Semasa di Yaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبي لا نبي بعده محمد صلى الله عليه وسلم، أما بعد؛ Syukur kita ke hadrat Allah SWT yang masih melimpahkan kurnia nikmatnya ke atas kita sehingga masih diberikan kesempatan untuk berada di bumi Iman & Hikmah ini. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإيمان يمن والحكمة يمانية Iman itu bererti kita sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT dan moga-moga kita sentiasa berada dijalan yang diredhai oleh Allah SWT dalam menuntut ilmu agama-Ny...

Thursday, January 2, 2014

Ramah Mesra Bersama Staff Kedutaan

HADDAH - Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) yang diketuai oleh Majlis Eksekutif, barisan Exco dan Hewi telah dijemput ke majlis makan malam bersama Encik Mohd Nasir bin Awang (setiausaha ketiga, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman) di kediaman beliau pada malam "Tahun Baru" baru-baru ini. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk berkenal-kenalan serta bertukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara PERMAYA dan pihak kedutaan...

Wednesday, January 1, 2014

Perutusan Tahun Baru : Renungkan Dan Hayati Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم Dengan lafaz syukur dan memuji tuhan semesta alam. Akhirnya kita semua telah sampai ke penghujung tahun. Tahun baru yang akan ditempuhi ini, marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan niat. Menjadikan tahun lepas dan sebelumnya sebagai muhasabah dan ukuran, supaya tahun baru ini dapat memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan. Melihat situasi semasa, sama ada di Malaysia mahupun di bumi yang kita berada sekarang ini, Yaman. Semakin hari berbondong-bondong rakyat atau pelajar Malaysia memilih Yaman sebagai destinasi...