Wednesday, January 1, 2014

Perutusan Tahun Baru : Renungkan Dan Hayati Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan lafaz syukur dan memuji tuhan semesta alam. Akhirnya kita semua telah sampai ke penghujung tahun. Tahun baru yang akan ditempuhi ini, marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan niat. Menjadikan tahun lepas dan sebelumnya sebagai muhasabah dan ukuran, supaya tahun baru ini dapat memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan.

Melihat situasi semasa, sama ada di Malaysia mahupun di bumi yang kita berada sekarang ini, Yaman. Semakin hari berbondong-bondong rakyat atau pelajar Malaysia memilih Yaman sebagai destinasi untuk menyambung pengajian. Saya menyeru supaya kita yang telah berada di sini memberikan kerjasama untuk sama-sama mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Bermaafan dan saling bantu-membantu.

Teruskan sifat murni yang telah diajar oleh Islam ini agar suasana kita sentiasa harmoni. Ikhlaskan niat dan fahami matlamat kedatangan kita ke sini. Semoga dengan itu kita semua akan diberkati dan dirahmati di bawah naungan Ilahi.

Saya mewakili seluruh ahli Majlis Eksekutif dan badan induk PERMAYA mengucapkan selamat tahun baru. Baik yang berada di Sanaa’, Hadharamaut, Hudaidah, Aden, Mukalla dan di mana jua rakyat,  khususnya para pelajar Malaysia yang ada di bumi Iman dan Hikmah ini.

Tidak lupa juga kepada saudara seIslam kita di serata dunia yang sedang teruk dilanda pelbagai ujian, khususnya Palestin, Syiria, Mesir, Bangladesh dan tidak lupa jua buat negara tercinta, Malaysia.Kami mendoakan semoga kalian semua dalam keadaan baik dan aman sentiasa.

Selamat Tahun Baru..!!

“MENUJU PERMAYA BARU”

Abdul Rahman Che Mat
Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
Sesi 2013-2014

31 DISEMBER 2013
11.30PM (WAKTU YAMAN)

0 comments:

Post a Comment