Saturday, December 28, 2013

Ma'had Oxford : Pertemuan Empat Mata Berjalan Lancar

Update Terkini - Beberapa hari lepas, PERMAYA yang diwakili oleh Presidennya, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat telah bertemu dengan Ketua Bahagian Pelajar Bukan Arab (Wafidin), Ustaz Arif, di Ma'had Oxford yang terletak di kawasan Dairy (gambar). Pertemuan tersebut berlaku rentetan beberapa isu yang berlegaran dikalangan pelajar terutamanya pelajar Malaysia yang berdaftar di Ma'had tersebut.




Hasil perbincangan empat mata yang memakan masa hampir satu jam itu. Pihak Ma'had dan PERMAYA telah bersetuju dengan beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada pelajar-pelajar yang berdaftar di Ma'had tersebut.

Berikut adalah hasilan yang termaktub :-

1- Mana-mana pelajar yang berdaftar dengan Ma'had tersebut dan mempunyai lampiran surat akuan dari permaya akan mendapat potongan yuran sebanyak USD20.

2- Para pelajar mestilah menghadiri kelas yang telah ditetapkan oleh Ma'had. Yuran adalah YER5000 untuk 2 bulan. Jadual pembelajaran adalah mesti menghabiskan selama 15 hari sebulan.
Contoh : Belajar 15 hari di bulan Januari. Bulan Febuari cuti. Kemudian sambung kembali di bulan Mac. Begitulah seterusnya.

3- InsyaAllah sijil akan disediakan oleh pihak Ma'had.


contoh sijil

Sekian, Wassalam.

Di sediakan oleh Lujnah Penerangan & Akademi PERMAYA

1 comment:

  1. Assalamualaikum wrt. . .
    Tahniah kepada PERMAYA kerana dah ada blog sendiri skrg ni... Ana nak tanya kelas yang bersama dengan Ma'had Oxford nie kelas pengajian apa yer??? Boleh beri maklumat lebih lanjut??

    Kedua,
    Kemudian ana nak cadangkan kepada pelajar Malaysia yang berkesempatan amik lah peluang untuk mempelajari ilmu Seni Khat kerana sekarang perkembangan seni khat tanah air sedang rancak. Ada pusat tuisyen yang menganjur belajar khat dan tuisyen peribadi khat pun tengah naik sekarang, jika boleh rebutlah peluang ini semasa antum di Yaman. Atau belajar daurul lughah sijil bahasa arab yang 6 bulan atau mana-mana pusat pengajian di Yaman. Ambil peluang nie sambil mengaji di Universiti masing-masing. Insyallah rezeki dari Allah swt di bumi ini sangat luas. . .tahniah kepada anda semua yang telah tamat pengajian dan yang akan menamatkan pengajian.. . Ana doakan segala urusan antum semua dipermudahkan. . .

    Bekas Pelajar Yemenia
    Syariah Wal-Qanun (sesi 2000-2002)

    ReplyDelete