ETTIHAD PERMAYA ENTERPRISE

13110001242107 Islamic CIMB bank

PERMAYA SESI 2014/2015

'Permaya Dihatiku'

Layari channel Youtube kami

WWW.YOUTUBE.COM/PERMAYATV

AKTIVITI PERMAYA

Laporan aktiviti dan program, diupdate dari masa ke semasa.

TEAM MEDIA PERMAYA

Penjana media persatuan.

Saturday, December 28, 2013

Ma'had Oxford : Pertemuan Empat Mata Berjalan Lancar

Update Terkini - Beberapa hari lepas, PERMAYA yang diwakili oleh Presidennya, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat telah bertemu dengan Ketua Bahagian Pelajar Bukan Arab (Wafidin), Ustaz Arif, di Ma'had Oxford yang terletak di kawasan Dairy (gambar). Pertemuan tersebut berlaku rentetan beberapa isu yang berlegaran dikalangan pelajar terutamanya pelajar Malaysia yang berdaftar di Ma'had tersebut.

Sunday, December 8, 2013

Wacana Safar Mar'ah Meriah


Sana’a – Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) baru-baru ini melalui Majlis Eksekutif-nya (gambar) telah menganjurkan satu majlis penerangan tentang “Safar Mar-ah”. Majlis tersebut dihadiri sekitar 70 orang termasuk perempuan dan bermula sekitar jam 7:15 malam. Sebelum majlis penerangan bermula, hadirin sempat diperkenalkan siapa dan apa itu Majlis Eksekutif.

Selepas penerangan tersebut dibentang oleh ahli Majlis Eksekutif, hadirin diberi peluang yang luas untuk bersoal jawab secara ilmiah serta bertukar pandangan dengan ahli Majlis Eksekutif tentang “Safar Mar-ah”.

Di dalam sesi soal jawab dan bertukar pandangan , keadaan ketika itu sungguh meriah dan sarat dengan perbincangan dan lontaran hujah yang bersumberkan dalil-dalil dari Al-quran, Hadith dan petikan pandangan-pandangan Ulamak yang muktabar. Alhamdulillah, majlis ini banyak membuka minda ahli Permaya tentang apakah yang dimaksudkan “Safar Mar-ah”, pendapat ulamak serta dalil-dalilnya.

Di akhir program, kesimpulan sempat diberikan oleh ustaz Mohd Iqbal bin Abu Yaziz selaku pengerusi Majlis Eksekutif tentang Permaya tetap dengan pendiriannya, bahawa tidak menggalakkan mana-mana perempuan bermusafir tanpa mahramnya khususnya ke Yaman.

Saturday, December 7, 2013

BANK

AKAUN BANK MANA YANG PERLU SAYA BUKA??

Pilihlah mana-mana antara satu dari senarai bank-bank dibawah :

1. MAYBANK






2. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) (KAD MATRIX)


















Thursday, December 5, 2013

MAHU DATANG TERLALU AWAL??


          Sebelum anda memutuskan tarikh untuk datang ke Yaman, satu perkara yang perlu anda fikirkan iaitu,

BOLEHKAH SAYA DAPATKAN VISA??

           JAWAPAN : Oleh kerana cop imigresen di Sana'a hanya sah untuk 3 BULAN sahaja, anda perlu pastikan supaya anda dapat mendaftarkan diri ke Universiti@Maahad SEBELUM tempoh 3 bulan TAMAT. Jika tidak, anda perlu membayar DENDA lebihan hari tanpa Visa (dari tamat tempoh 3 bulan hingga permohonan Visa). Anda boleh merujuk kepada takwim persekolahan (kami akan update, insya' Allah)

           Urusan permohonan Visa (keseluruhan) memakan masa lebih kurang 3 minggu (secara kasar). Jadi, lihatlah tarikh dengan dengan teliti!! Buatlah perancangan dengan sebaik-baiknya.

           Semoga dipermudahkan urusan!

Wednesday, December 4, 2013

WAKIL PERHUBUNGAN KAMI


Untuk pengetahuan anda, kami mempunyai wakil perhubungan yang akan menguruskan apa jua urusan yang berkaitan dengan :
# Ketibaan di airport
# Lawatan ke tempat-tempat di Sana'a
# Urusan Visa (termasuk persediaan visa)
# Urusan Pendaftaran Universiti@Maahad
# Mencari kediaman
# dan semua yang berkaitan

            Wakil kami boleh dihubungi melalui maklumat seperti yang tertera dibawah :
           
             UST. FIZAL ZULKHAIRI B. KAMARULZAMAN
             (Pemangku Pengerusi PERHUBUNGAN)
             No. Tel : +96 713430054 (termasuk Whatsapp)

             atau melalui facebook beliau :
             https://www.facebook.com/fizal.keyriey?fref=ts

         
             Harap Maklum!

         

Tuesday, December 3, 2013

UNIVERSITI SAINS & TEKNOLOGI (UST) & UNIVERSITI IMAN (PENDAFTARAN)

1. UNIVERSITI SAINS & TEKNOLOGI (UST)
Pendaftaran : RY 10,000 (sekali & selamanya)
Yuran Tahunan : RY 10,000
Yuran Subjek : USD 800

Jumlah Pendaftaran : Sekitar USD 900

Dokumen Untuk Pendaftaran :
1. Sijil Asal & Terjemahan (jika ada)
                                                                                   2. Salinan Passport

2. UNIVERSITI IMAN
Pendaftaran : RY 400
Asrama (jika menetap) : RY 400
Lain-lain : PERCUMA

Dokumen Untuk Pendaftaran :
1. Sijil Asal & Terjemahan (jika ada)
2. Salinan Passport
3. Surat Perakuan Bank
                                                                                   4. Hasil Ujian Darah (HIV)
                                                                                   5. Surat dari Kedutaan Malaysia

            Ini adalah dua Universiti di Sana'a yang mempunyai paling ramai pelajar Malaysia. Maklumat pendaftaran untuk lain-lain Universiti kami akan update dari masa ke semasa.

Note : USD 100 = RM 322 = RY 21,500 (Riyal Yemen)

SIJIL APA YANG LAYAK??


Jawapan : Untuk menyambung ke Universiti, ada 2 kategori :
                1. Peringkat bahasa (Diploma)
                    Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya sijil PMR dan keatas (mana-mana diploma
                    atau ijazah)
                2. Peringkat Tahun (Ijazah)
                    Anda perlu sekurang-kurangnya sijil setaraf SPM, SYAHADAH, STAM atau mana-mana
                    DIPLOMA (Diploma dari Malaysia).

                Untuk menyambung ke Maahad :
                1. Semua sijil akan diterima.
                2. Atau jika anda tidak mempunyai sijil, anda boleh mendaftar tanpa sijil (tanpa syarat).

             Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!!


                 

URUSAN DI YAMAN

  # URUSAN PERMULAAN




            Sesudah sampai di Yaman, apa yang perlu dilakukan??
         Ini beberapa panduan untuk anda :
       
         1. Ketika di Airport Sana'a
         # Tunjukkan surat tawaran universiti@jamiah (jika diminta tunjukkan bukti)

         2. Urusan Penempatan Sementara
         # Anda boleh meminta bantuan Permaya (Lajnah Perhubungan) untuk menempah hotel (mengikut
            kadar kemampuan anda). Tempahan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum anda bertolak ke Yaman.
            Atau jika anda mempunyai kenalan, anda boleh berurusan secara peribadi.

         3. Dalam Tempoh 2 Minggu!!
         #  Dalam tempoh 2 minggu , Passport anda harus mempunyai  Cop Polis . Anda mesti menyerahkan
            kepada wakil Permaya (Lajnah Perhubungan) ataupun melalui rakan-rakan anda yang pernah
            berurusan dengan Polis. Tempoh sah cop Imigresen Airport adalah selama 3 bulan. Anda perlu                               meng'apply' visa belajar sebelum tempoh 3 bulan tamat.

         4. Visa
         # Urusan Visa bergantung kepada Universiti @ Maahad (Wakil Universiti@Maahad akan membuat
            urusan)
         
             # Dokumen Persediaan Visa
             1. Hasil Ujian Darah (HIV). Dilakukan di Yaman. Kos RY 6,600.
             2. Surat Perakuan Bank (Bank dari Yaman). Kos RY 5,000.

         5. Urusan Penempatan
         # Kos purata keseluruhan bagi rumah+makan+pengangkutan+hemat diri adalah sekitar RM 400-500.
            Ianya adalah kos perbelanjaan bulanan anda.

             *(Untuk pencarian rumah, anda boleh mendapatkan khidmat Permaya ataupun kenalan anda)

           Itulah sahaja beberapa urusan yang perlu diambil perhatian oleh mereka yang baru tiba di Yaman. Segala maklumat yang diberikan diatas adalah yang terkini. Semua kos yang dinyatakan dalam Riyal Yaman (RY) anda boleh merujuk pertukaran matawang di www.xe.com.

           Urusan Pendaftaran Universiti@Maahad kami akan terangkan pada post akan datang. Semoga Allah permudahkan urusan anda.

SIIRU 'ALA BARAKATILLAH

Sunday, December 1, 2013

URUSAN SIJIL DI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t

             Didalam post ini kami akan memberikan gambaran secara umum (mungkin cukup untuk memahamkan anda) tentang urusan-urusan yang perlu anda selesaikan SEBELUM anda ke Yaman (Urusan di Malaysia), dan juga urusan SETELAH tiba di Yaman (Urusan di Yaman). 

             Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu untuk anda ketahui bilakah masa yang tepat untuk anda datang ke Yaman?

 JAWAPAN: Waktu yang sesuai adalah 1@2 bulan sebelum bermula sesi pembelajaran universiti@maahad. Sebagai contoh, pendaftaran universiti tahun ini pada bulan 9 (tahun hadapan mungkin berubah mengikut takwim), dan bulan 7 kemungkinan pendaftaran telah dibuka. Anda perlu hadir antara awal bulan 7 hingga awal bulan 8 bagi memudahkan urusan kemasukan ke Sana'a (termasuk juga urusan penempatan anda).

             Dan jangan juga terlalu awal (bagi mengelakkan masalah visa).

     Baiklah, seterusnya kita mulakan dengan urusan sebelum ke Yaman dahulu..

# URUSAN DI MALAYSIA.

    Dokumen yang perlu anda sediakan :
    1. Sijil Asal (SYAHADAH@SPM@STAM@PMR dll)
    2. Terjemahan Sijil Asal (Sijil selain bahasa arab)
    3. Surat Tawaran Jamiah@Maahad (Untuk urusan di Airport Sana'a, anda boleh mendapatkan
        khidmat PERMAYA melalui Page FB Permaya, hantar melalui mesej).

      Untuk urusan PENTERJEMAHAN SIJIL, berikut adalah panduan anda :
      1. Bawa sijil asal anda untuk diterjemah ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
          Alamatnya adalah seperti berikut:


  • Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju
  • 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
      
            (Jika anda mahu siap dalam masa beberapa jam, anda perlu membayar caj tambahan sekitar                           RM80 keseluruhan & pastikan terjemahan sijil anda dicop oleh ITBM)

      2. Langkah seterusnya ialah anda perlu ke Kementerian Luar Negeri yang terletak di Wisma Putra di
          Putrajaya untuk dicop. Alamatnya adalah seperti berikut :


Ministry of Foreign Affairs of Malaysia Wisma Putra, No 1, Jalan Wisma Putra, Precint 2, 62602 PUTRAJAYA

                                         (Pastikan kedua-dua sijil dicop. Terdapat caj bayaran)

              Dan persediaan dokumen anda di Malaysia telah SELESAI!!!

              Kami akan lanjutkan dengan penerangan urusan di Yaman pada post akan datang. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan semoga Allah permudahkan urusan anda.

SIIRU 'ALA BARAKATILLAH




INFO PUSAT PENGAJIAN DI YAMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

           Yaman adalah antara destinasi tumpuan bagi mereka yang mahu mahir berbahasa arab, Yaman juga adalah sasaran bagi mereka yang ingin mempelajari agama dengan lebih dalam. Yang teristimewa, bahasa arab Yaman merupakan antara bahasa yang paling dekat dengan 'Fusahah' (bahasa arab asli).

               Terdapat dua kategori pusat pengajian yang sedang didiami oleh pelajar Malaysia sekarang. Iaitu Maahad dan Jamiah (Universiti). Sijil daripada kebanyakan universiti di Yaman adalah sah untuk dilanjutkan pelajaran di Malaysia. Kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia yang menghabiskan Ijazah B.A biasanya akan melanjutkan pelajaran diperingkat M.A di Yaman ataupun di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau lain-lain universiti.

           Berikut adalah malumat ringkas beberapa kolej dan universiti yang yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia sekarang :

P/S: Senarai pusat pengajian di Sana'a sahaja. Lain-lain tambahan kami akan update pada masa akan datang. Insya Allah.

# KATEGORI JAMIAH (UNIVERSITI)

1. UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (UST)
Bidang Pengajian   : DIRASAT ISLAMIAH
                                (IJAZAH)

Tempoh Pengajian : 4 Tahun

Pendaftaran  : RY 10,000
                                                                                                                                                                                                                                        Yuran  : USD 800 (1 Tahun)

                                                                                    Bidang Pengajian   : BAHASA ARAB
                                                                                                                    (DIPLOMA)

                                                                                    Tempoh Pengajian : 1 @ 2 Tahun                                                                                  
                                                                                    Pendaftaran  : RY 10,000

                                                                                    Yuran  : USD 800 (1 Tahun)

                                                                                    VISA  : RY 8000 (Dirasat & B.Arab)

2. JAMIAH IMAN
Bidang Pengajian   :  PENGAJIAN ISLAM
                                 (IJAZAH)

Tempoh Pengajian : 7 Tahun

Yuran : PERCUMA                                                                                                 
                                                                                                                                                              Bidang Pengajian   : BAHASA ARAB
                                                                                                                    (DIPLOMA)

                                                                                    Tempoh  : 2 Tahun

                                                                                    Yuran : PERCUMA

                                                                                    *( VISA dibuat di Maahad Oxford @ Jamiah                                                                                                    Yamaniah)

3. JAMIAH YAMANIAH
Bidang Pengajian  : DIRASAT ISLAMIAH
                                (IJAZAH)

Tempoh Pengajian : 4 Tahun

Pendaftaran  : RY 18,000

Yuran : USD 500 (1 Tahun)

VISA : RY 13,800

* (Bidang pengajian yang dinyatakan diatas adalah bidang yang lazim diambil oleh pelajar Malaysia, namun terdapat juga bidang-bidang lain)


# KATEGORI MAAHAD

1. MAAHAD DARUL QURAN
Bidang Pengajian   : QIRAAT & HAFAZAN

Tempoh Pengajian : 5 TAHUN

Pendaftaran : RY 50,000 (kali pertama)
                     RY 30,000 (kali ke-2 & seterusnya)

* (Pendaftaran termasuk yuran 1 tahun)




2. MAAHAD OXFORD
Bidang Pengajian   : BAHASA ARAB

Yuran  : USD 282 (1 Tahun)
* (Yuran termasuk pendaftaran)

* Lazimnya sebagai tempat membuat visa untuk
                                                                                       beberapa universiti.

3. MAAHAD KHALIS
Bidang Pengajian   : BAHASA ARAB

Tempoh Pengajian : 3 Bulan @ 1 Tahum

Yuran  : USD 300 (1 Tahun)

VISA  : RY 10,000

4. MAAHAD YIAL
Bidang Pengajian   : BAHASA ARAB

Tempoh Pengajian : 3 Bulan @ 1 Tahun

Yuran  : USD 300 (1 Tahun)

VISA  : USD 200

                                                                                    * (Cara pengajaran 'face to face')

* (Sesetengah Maahad ada juga terdapat bidang Bahasa Inggeris)

         Terdapat beberapa lagi Universiti & Maahad yang tidak disenaraikan. Insya Allah kami akan senaraikan tambahan pada masa akan datang.

         Akhir kalam, semoga dengan usaha kita menuntut ilmu ini bakal mendapat rahmat daripada Allah S.W.T seterusnya menggapai mardhotillah. Amiin..

SIIRU 'ALA BARAKATILLAH