ETTIHAD PERMAYA ENTERPRISE

13110001242107 Islamic CIMB bank

PERMAYA SESI 2014/2015

'Permaya Dihatiku'

Layari channel Youtube kami

WWW.YOUTUBE.COM/PERMAYATV

AKTIVITI PERMAYA

Laporan aktiviti dan program, diupdate dari masa ke semasa.

TEAM MEDIA PERMAYA

Penjana media persatuan.

Saturday, November 30, 2013

Bumi Yaman.



Pengenalan.

Nama Rasmi : 
Republik Yaman.

Ibu Negara : 
Sana'a - Dengan kepadatan penduduk 900,000 orang dan 2,300m ketinggian dari paras laut.

Bandar - bandar Utama : 
Hudaidah, Hadramaut, Aden, Mukalla, Ta'iz, Ibb, Sa'adah, Ma'rib dan Sai'un.

Bahasa Rasmi : 
Bahasa Arab adalah bahasa rasmi di Yaman.
Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa kedua terutama dalam urusan perniagaan.

Agama Rasmi : 
Islam - Ahli Sunnah wa Jama'ah, terdapat juga Syi'ah Zaidiah terutama di kawasan Sana'a dan mempunyai empat mazhab yang masyhur.

Bilangan Penduduk : 
16 juta orang dan pertambahan penduduk 3.34 %.

Kerajaan dan Pentadbiran : 
Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Abdul Rabbuh Mansor Hadi serta dibantu oleh parlimen yang diketuai oleh Ketua Menteri. Yaman terdiri daripada 17 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon.
Wilayah - wilayah tersebut adalah Sana'a, Aden, Ta'iz, Hudaidah, Hadramaut, Saadah, Jouf, Ma'rib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha', Zamar, Ibb, Lahaj, Mahwit dan Hajjah.

Mata Wang : 
Riyal Yaman, nilai pertukaran RY 215 = USD 1.00 pada Disember 2013 (Tertakluk pada perubahan semasa).

Kedudukan Geografi : 
Republik Yaman terletak di pinggir Barat - Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 U - 20 U dan garis bujur 41 T - 51 T. Ianya juga bersempadan dengan Saudi Arabia di sebelah utara Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Kerajaan Oman di sebelah timur dan Laut Merah di sebelah barat. Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian : pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan.

Masa : 
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu jam 3 lebih awal dari Greenwich.

Keluasan : 
555,000km.

Ketinggian : 
Mencapai 3,700m atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.

Cuaca : 
Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah - wilayahnya. Dalam musim sejuk, suhu dikawasan pergunungan mencatat -14 C hingga -15 C manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk. Pada musim panas suhu di kawasan pergunungan mencatat 19 C hingga 22 C. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah menjadi panas dan lembab mencapai 42 C hingga 45 C. Musim luruh pula semua kawasan menerima hujan.

Peraturan Masuk : 
Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak tendapat kedutaan Yaman, pelawat boleh mendapatkan visa transit untuk 96 hari - dnegan kemungkinan di perbaharui die pintu masuk. Tempoh maksimum menetap adalah satu bulan. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan.

Pintu Masuk : 
Rebublik Yaman boleh dimasuki memlalui lapangan terbang antarabangsa di Sana'a, Aden, Hudaidhah, Mokha - Laut Merah, Aden - Teluk Aden, Mukalla dan Nashtun - Laut Arab.

Friday, November 29, 2013

Sejarah Penubuhan PERMAYA.

          Persatuan Pelajar Malaysia Yaman atau nama ringkasnya PERMAYA adalah sebuah persatuan pelajar yang menggabungkan semua pelajar Malaysia yang sedang belajar di Republik Yaman. Kewujudan PERMAYA adalah kesinambungan daripada Badan Kebajikan Pelajar Malaysia yang ditubuhkan pada awal tahun 1997. Idea penubuhan PERMAYA telah dicetuskan oleh beberapa orang pelajar senior di Yaman setelah berlakunya pertambahan drastik bilangan pelajar. Maka secara rasmi PERMAYA ditubuhkan pada 31hb Disember 1997 bersamaan 1 Ramadhan 1418 Hijrah. Matlamat penubuhan PERMAYA adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar Malaysia di bawah satu bumbung persatuan dan dalam masa yang sama bertindak sebagai badan kebajikan pelajar. Di samping itu juga, PERMAYA menjadi saluran dan suara rasmi pelajar Malaysia di Yaman.

Tujuan atau matlamat daripada penubuhannya adalah untuk :
  • Mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar Malaysia di bawah satu bumbung persatuan.
  • Bertindak sebagai badan kebajikan pelajar.
  • Menjadi saluran dan suara rasmi pelajar Malaysia di Yaman.
  • Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, ketakwaan dan aktif berpesatuan.
  • Berusaha merapatkan hubungan dengan pelajar lain di bumi Yaman dan juga dengan Persatuan Pelajar Malaysia di negara lain.
       
          Dengan kedatangan pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Sana'a, Yaman pada September 1999 telah menambahkan lagi semangat PERMAYA untuk bergerak dengan lebih maju. PERMAYA telah berjaya merapatkan hubungan dengan pihak kedutaan demi merealisasikan cita - cita Kerajaan Malaysia untuk melihat wujudnya hubungan baik di antara pihak kedutaan, pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara. Setelah itu, PERMAYA telah diiktiraf secara rasmi sebagai persatuan pelajar Malaysia di bumi Yaman ini dan pihak PERMAYA telah melantik Encik Zainal bin Hamzah : Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Di Yaman sebagai Penaung yang pertama.

          Setelah berlakunya pertukaran Encik Zainal bin Hamzah ke Filipina dan tibanya Duta Besar Malaysia ke Yaman iaitu Dato' Haji Azman bin Mohd Nazir, PERMAYA dapat meneruskan hubungan baik yang sedia ada dan dengan hati yang terbuka Dato' Duta bersedia untuk menjadi Penaung PERMAYA yang kedua. Seterusnya beliau telah berbesar hati mengeluarkan Surat Akuan Pengiktirafan PERMAYA pada April 2002.

Kata - Kata Aluan.


               
   Puji - pujian ke hadrat Allah SWT yang maha Esa yang telah memberi kita nikmat yang paling tinggi nilainya iaitu nikmat Iman da Islam. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat Baginda, serta seluruh Muslimin dan Muslimat yang telah menuruti jalan - jalan yang telah dilalui oleh golongan salafu soleh.                                                                                                                                                                                                                           Amma ba'du...                                                                                                                                                                                    Pertamanya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Lajnah Penerangan & Akademik kerana sudi menemu ramah untuk dimuatkan dalam ruangan blogspot ini. Mudah - mudahan ianya menjadi motivasi kepada semua, khususny buat para ahli PERMAYA serta pimpinannya untuk terus menapak maju dalam usaha merealisasikan visi persatuan.


Seterusnya suka saya melafazkan ucapan penuh penghargaan kepada AJK Lajnah Penerangan & Akademik (LPA) PERMAYA dengan usaha mereka untuk menghasilkan blogspot PERMAYA ini. Tidak lupa juga buat sahabat - sahabat di kalangan ahli PERMAYA yang turut berkongsi pandangan dan bahan - bahan untuk dimuatkan dalam blogspot ini. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat lipat ganjaran selayaknya daripada Allah SWT, amin.

Harapan saya, mudahan blogspot ini akan diteruskan lagi kesinambungannya pada tahun - tahun yang mendatang. Lebih dari itu, saya mendoakan agar blogspot PERMAYA ini dapat dipertingkatkan lagi mutu demi untuk menjana minda para Islamic Studies yang lebih kreatif dan berinovatif.

Saya mewakili sidang redaksi memohon kemaafan atas segala kekurangan ataupun kesilapan yang berlaku secara tidak sengaja. Terima kasih kepada antum semua.

Sekian, wassalam.

Abdul Rahman Bin Che Mat.
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).
PERMAYA, sesi 2013/2014.

Medium PERMAYA Yang Lain.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

        Untuk pengetahuan anda, Permaya juga mempunyai medium yang lain mengikut kategori media. Antaranya ialah channel Youtube Permaya.


        Segala iklan program-program dibawah Permaya@Kedutaan, video-video kuliah dan aktiviti-aktiviti akan dimasukkan kedalam Channel ini. Ianya baru sahaja dilancarkan dan akan diaktifkan.

             Antara medium lain dibawah Permaya juga adalah Page IQRA' - Pesta Buku Jalanan di Facebook.


         Ianya adalah kempen membaca yang dirasmikan baru-baru ini dan berterusan hinggalah pada masa akan datang.

            Sudi-sudilah menjenguk ke halaman-halaman yang telah dinyatakan seperti diatas...

Siiru 'Ala Barakatillah

Muqaddimah.



      Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat ilahi. Akhirnya tercipta satu blog yang akan menjadi panduan dan rujukan bagi semua pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke negera Yaman. Sesungguhnya ia merupakan satu rahmat apabila kemajuan teknologi berkembang seiring dengan keperluan kita pada hari ini.

      Blog ini adalah blog rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) yang bernaung dibawah kedutaan Malaysia di Yaman. Dengan peningkatan kemasukan pelajar Malaysia saban tahun ke Yaman, tidak memadai dengan facebook, kami memerlukan ruang tambahan untuk memberi penjelasan lebih lanjut berkenaan persediaan sebelum belajar, maklumat-maklumat universiti, yuran semester, bidang pengajian dan lain-lain urusan yang perlu diketahui oleh seorang yang 'asing'. Maka terciptalah blog Permaya ini bagi memudahkan anda memahami sesuatu urusan berkenaan Yaman.

      Dengan soalan yang terlalu banyak untuk di respon melalui facebook kami, maka blog inilah yang akan menjadi jawapan bagi mereka yang tertanya-tanya tentang pembelajaran di Yaman. Kami berharap persoalan anda akan terjawap dengan panduan-panduan didalam blog ini. Kami akan mengemaskini maklumat-maklumat dalam masa terdekat. Kami berharap anda terus setia bersama kami. Jika ada sebarang kemusykilan, anda bolehlah merujuk kepada facebook rasmi kami seperti yang tertera di bawah :

https://www.facebook.com/PERMAYA

         Akhir kalam, kami berharap semoga sekelumit usaha ini bakal menjadi saham kita bersama dalam mencapai mardhotillah.

Siiru 'Ala Barakatillah