Saturday, November 30, 2013

Bumi Yaman.



Pengenalan.

Nama Rasmi : 
Republik Yaman.

Ibu Negara : 
Sana'a - Dengan kepadatan penduduk 900,000 orang dan 2,300m ketinggian dari paras laut.

Bandar - bandar Utama : 
Hudaidah, Hadramaut, Aden, Mukalla, Ta'iz, Ibb, Sa'adah, Ma'rib dan Sai'un.

Bahasa Rasmi : 
Bahasa Arab adalah bahasa rasmi di Yaman.
Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa kedua terutama dalam urusan perniagaan.

Agama Rasmi : 
Islam - Ahli Sunnah wa Jama'ah, terdapat juga Syi'ah Zaidiah terutama di kawasan Sana'a dan mempunyai empat mazhab yang masyhur.

Bilangan Penduduk : 
16 juta orang dan pertambahan penduduk 3.34 %.

Kerajaan dan Pentadbiran : 
Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Abdul Rabbuh Mansor Hadi serta dibantu oleh parlimen yang diketuai oleh Ketua Menteri. Yaman terdiri daripada 17 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon.
Wilayah - wilayah tersebut adalah Sana'a, Aden, Ta'iz, Hudaidah, Hadramaut, Saadah, Jouf, Ma'rib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha', Zamar, Ibb, Lahaj, Mahwit dan Hajjah.

Mata Wang : 
Riyal Yaman, nilai pertukaran RY 215 = USD 1.00 pada Disember 2013 (Tertakluk pada perubahan semasa).

Kedudukan Geografi : 
Republik Yaman terletak di pinggir Barat - Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 U - 20 U dan garis bujur 41 T - 51 T. Ianya juga bersempadan dengan Saudi Arabia di sebelah utara Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Kerajaan Oman di sebelah timur dan Laut Merah di sebelah barat. Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian : pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan.

Masa : 
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu jam 3 lebih awal dari Greenwich.

Keluasan : 
555,000km.

Ketinggian : 
Mencapai 3,700m atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.

Cuaca : 
Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah - wilayahnya. Dalam musim sejuk, suhu dikawasan pergunungan mencatat -14 C hingga -15 C manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk. Pada musim panas suhu di kawasan pergunungan mencatat 19 C hingga 22 C. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah menjadi panas dan lembab mencapai 42 C hingga 45 C. Musim luruh pula semua kawasan menerima hujan.

Peraturan Masuk : 
Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak tendapat kedutaan Yaman, pelawat boleh mendapatkan visa transit untuk 96 hari - dnegan kemungkinan di perbaharui die pintu masuk. Tempoh maksimum menetap adalah satu bulan. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan.

Pintu Masuk : 
Rebublik Yaman boleh dimasuki memlalui lapangan terbang antarabangsa di Sana'a, Aden, Hudaidhah, Mokha - Laut Merah, Aden - Teluk Aden, Mukalla dan Nashtun - Laut Arab.

0 comments:

Post a Comment