ETTIHAD PERMAYA ENTERPRISE

13110001242107 Islamic CIMB bank

PERMAYA SESI 2014/2015

'Permaya Dihatiku'

Layari channel Youtube kami

WWW.YOUTUBE.COM/PERMAYATV

AKTIVITI PERMAYA

Laporan aktiviti dan program, diupdate dari masa ke semasa.

TEAM MEDIA PERMAYA

Penjana media persatuan.

Showing posts with label KENYATAAN RASMI. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN RASMI. Show all posts

Monday, September 1, 2014

PERUTUSAN PRESIDEN: MERDEKA 57

بسم الله الرحمن الرحيم

Di kesempatan ini saya mewakili seluruh warga Permaya dan para pelajar yang berada di bumi Iman dan Hikmah, untuk mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57.

Marilah sama-sama kita menghayati semangat kemerdekaan yang telah dicapai semenjak lebih 50 tahun lamanya dengan ilmu dan pengetahuan yang sebenar.

Jadikan semangat pejuang kemerdekaan di zaman dahulu sebagai perintis bagi membebaskan kita dari kepompong pemikiran yang lapuk. Buktikan di mata dunia bahawa mahasiswa masa kini telah bergerak seiring dengan peredaran zaman dan masa.

Marilah kita hayati kata-kata yang diungkapkan oleh Rubei bin Amir ketika berhadapan dengan panglima perang kerajaan Parsi bernama Rustam. Dari Rubei Bin Amir, katanya :
“Aku diutuskan untuk mengajak kamu dari perhambaan sesama hamba kepada pengambdian diri kepada Allah. Dan daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam. Dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat".

Menjadikan wawasan akhirat sebagai matlamat yang sebenar. Membebaskan kepalsuan perhambaan yang boleh memesongkan aqidah dan melemahkan ummah. Dengan kita menjadikan Islam sebagai acuan dan pedoman.

Jikalau mahasiswa di masa lampau penuh dengan nostalgia dan jasa yang boleh dibanggakan. Kita juga tidak kurang hebatnya. Jikalau dahulu mahasiswa menjadi pencorak masa depan negara. Kini kitalah yang mengemudinya.

Tanpa orang terdahulu siapalah kita. Kalau tiada ayah dan ibu, maka tiadalah kita. Pengorbanan mereka yang terdahulu itulah yang menjadikan kita anak bangsa yang merdeka.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Ikhlas dari barisan kepimpinan Permaya sesi 2014/2015.

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!


Muhammad Nasiruddin bin Othman
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
31 Ogos 2014














Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul : Bukan Sekadar Sambutan

بسم الله الرحمن الرحيم

لقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Artinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai orang Islam dan  umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana yang diketahui umum, bulan Rabiu'l Awwal merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Namun peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia.

Tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa yang hendak menyambut hari kelahiran baginda SAW. Apa yang penting kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama dalam segenap aspek kehidupan.

Sunday, January 12, 2014

Pekeliling Keadaan Semasa di Yaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبي لا نبي بعده محمد صلى الله عليه وسلم، أما بعد؛

Syukur kita ke hadrat Allah SWT yang masih melimpahkan kurnia nikmatnya ke atas kita sehingga masih diberikan kesempatan untuk berada di bumi Iman & Hikmah ini.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإيمان يمن والحكمة يمانية

Iman itu bererti kita sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT dan moga-moga kita sentiasa berada dijalan yang diredhai oleh Allah SWT dalam menuntut ilmu agama-Nya.

Wednesday, January 1, 2014

Perutusan Tahun Baru : Renungkan Dan Hayati Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan lafaz syukur dan memuji tuhan semesta alam. Akhirnya kita semua telah sampai ke penghujung tahun. Tahun baru yang akan ditempuhi ini, marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan niat. Menjadikan tahun lepas dan sebelumnya sebagai muhasabah dan ukuran, supaya tahun baru ini dapat memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan.

Melihat situasi semasa, sama ada di Malaysia mahupun di bumi yang kita berada sekarang ini, Yaman. Semakin hari berbondong-bondong rakyat atau pelajar Malaysia memilih Yaman sebagai destinasi untuk menyambung pengajian. Saya menyeru supaya kita yang telah berada di sini memberikan kerjasama untuk sama-sama mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Bermaafan dan saling bantu-membantu.

Friday, November 29, 2013

Kata - Kata Aluan.


               
   Puji - pujian ke hadrat Allah SWT yang maha Esa yang telah memberi kita nikmat yang paling tinggi nilainya iaitu nikmat Iman da Islam. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat Baginda, serta seluruh Muslimin dan Muslimat yang telah menuruti jalan - jalan yang telah dilalui oleh golongan salafu soleh.                                                                                                                                                                                                                           Amma ba'du...                                                                                                                                                                                    Pertamanya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Lajnah Penerangan & Akademik kerana sudi menemu ramah untuk dimuatkan dalam ruangan blogspot ini. Mudah - mudahan ianya menjadi motivasi kepada semua, khususny buat para ahli PERMAYA serta pimpinannya untuk terus menapak maju dalam usaha merealisasikan visi persatuan.


Seterusnya suka saya melafazkan ucapan penuh penghargaan kepada AJK Lajnah Penerangan & Akademik (LPA) PERMAYA dengan usaha mereka untuk menghasilkan blogspot PERMAYA ini. Tidak lupa juga buat sahabat - sahabat di kalangan ahli PERMAYA yang turut berkongsi pandangan dan bahan - bahan untuk dimuatkan dalam blogspot ini. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat lipat ganjaran selayaknya daripada Allah SWT, amin.

Harapan saya, mudahan blogspot ini akan diteruskan lagi kesinambungannya pada tahun - tahun yang mendatang. Lebih dari itu, saya mendoakan agar blogspot PERMAYA ini dapat dipertingkatkan lagi mutu demi untuk menjana minda para Islamic Studies yang lebih kreatif dan berinovatif.

Saya mewakili sidang redaksi memohon kemaafan atas segala kekurangan ataupun kesilapan yang berlaku secara tidak sengaja. Terima kasih kepada antum semua.

Sekian, wassalam.

Abdul Rahman Bin Che Mat.
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).
PERMAYA, sesi 2013/2014.