Sunday, January 12, 2014

Pekeliling Keadaan Semasa di Yaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبي لا نبي بعده محمد صلى الله عليه وسلم، أما بعد؛

Syukur kita ke hadrat Allah SWT yang masih melimpahkan kurnia nikmatnya ke atas kita sehingga masih diberikan kesempatan untuk berada di bumi Iman & Hikmah ini.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإيمان يمن والحكمة يمانية

Iman itu bererti kita sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT dan moga-moga kita sentiasa berada dijalan yang diredhai oleh Allah SWT dalam menuntut ilmu agama-Nya.


Hikmah ialah merupakan suatu barang yang tercicir dari orang beriman seperti di dalam sebuah hadith Nabi SAW. Sehubungan dengan itu berdasarkan pemerhatian kami di peringkat Exco PERMAYA, atas faktor suasana dan keadaan politik di Yaman pada ketika ini. Sekali lagi, dengan perhatian yang sesungguh-sungguhnya. Kami menasihatkan kepada ahli-ahli agar mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut :

1- Jangan keluar diwaktu malam tanpa keperluan.
2- Sentiasa keluar rumah secara berkumpulan.
3- Sentiasa membawa dokumen pengenalan diri.
4- Mengambil berat tentang keberadaan rakan serumah.
5- Menyimpan segala maklumat penting di dalam satu tempat.



Abdul Rahman Che' Mat
Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)
Sesi 2013/2014

12 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awal
11:45 PM (waktu Yaman)

0 comments:

Post a Comment