Thursday, January 2, 2014

Ramah Mesra Bersama Staff Kedutaan

HADDAH - Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) yang diketuai oleh Majlis Eksekutif, barisan Exco dan Hewi telah dijemput ke majlis makan malam bersama Encik Mohd Nasir bin Awang (setiausaha ketiga, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman) di kediaman beliau pada malam "Tahun Baru" baru-baru ini. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk berkenal-kenalan serta bertukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara PERMAYA dan pihak kedutaan yang telah sedia ada.


Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Azmi (setiausaha kedua, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman). Dalam pertemuan tersebut, pihak kedutaan sempat meminta PERMAYA menyediakan maklumat terkini rakyat Malaysia yang berada di Yaman khusunya yang berdaftar dengan persatuan, agar memudahkan lagi urusan sekiranya berlaku kecemasan atau sebagainya. Selain itu, pihak PERMAYA juga sempat menawarkan apa sahaja jenis perkhidmatan atau bantuan yang termampu sekiranya pihak kedutaan memerlukannya.

Sebelum berakhir, majlis disediakan dengan jamuan makan malam dan bergambar bersama Encik Nasir dan Encik Azmi sebagai kenang-kenangan. Disamping itu juga, Ustaz Abdul Rahman bin Che Mat (Presiden PERMAYA) dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Nasir sekeluarga dengan jemputan yang bermakna ini.


Oleh : Ahmad Lukman Ibrahim

p/s : Gambar-gambar boleh lihat di Facebook Permaya

0 comments:

Post a Comment