Sunday, December 8, 2013

Wacana Safar Mar'ah Meriah


Sana’a – Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) baru-baru ini melalui Majlis Eksekutif-nya (gambar) telah menganjurkan satu majlis penerangan tentang “Safar Mar-ah”. Majlis tersebut dihadiri sekitar 70 orang termasuk perempuan dan bermula sekitar jam 7:15 malam. Sebelum majlis penerangan bermula, hadirin sempat diperkenalkan siapa dan apa itu Majlis Eksekutif.

Selepas penerangan tersebut dibentang oleh ahli Majlis Eksekutif, hadirin diberi peluang yang luas untuk bersoal jawab secara ilmiah serta bertukar pandangan dengan ahli Majlis Eksekutif tentang “Safar Mar-ah”.

Di dalam sesi soal jawab dan bertukar pandangan , keadaan ketika itu sungguh meriah dan sarat dengan perbincangan dan lontaran hujah yang bersumberkan dalil-dalil dari Al-quran, Hadith dan petikan pandangan-pandangan Ulamak yang muktabar. Alhamdulillah, majlis ini banyak membuka minda ahli Permaya tentang apakah yang dimaksudkan “Safar Mar-ah”, pendapat ulamak serta dalil-dalilnya.

Di akhir program, kesimpulan sempat diberikan oleh ustaz Mohd Iqbal bin Abu Yaziz selaku pengerusi Majlis Eksekutif tentang Permaya tetap dengan pendiriannya, bahawa tidak menggalakkan mana-mana perempuan bermusafir tanpa mahramnya khususnya ke Yaman.


Selepas berakhirnya majlis tersebut, Permaya sempat menganjurkan satu lagi majlis perasmian Restoran Permaya. Majlis tersebut dirasmikan oleh ustaz Mohd Iqbal bin Abu Yaziz selaku pengerusi Majlis Eksekutif.

InsyaAllah restoran akan mula dibuka bermula minggu hadapan bermula hari Selasa-Jumaat dan mempunyai dua sesi yaitu tengah hari dan malam.

Ketika berucap, ustaz Mohd Rafie bin Ahmad selaku pengerusi restoran/tender sempat memaklumkan bahawa tender kosong masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat dan sila berjumpa dengannya.

Majlis pada malam itu berakhir tepat jam 9.15 malam dengan bacaan Doa penutup dan Surah Al-asr.

Oleh : Ahmad Lukman Ibrahim

p/s : video berkenaan perbincangan boleh lah rujuk di Facebook Permaya

0 comments:

Post a Comment