Wednesday, March 19, 2014

Kesepakatan PERMAYA - Turkish Airlines : Berjalan Lancar


SITTIN - Alhamdulillah, bertempat di pejabat Turkish Airlines INC yang berpengkalan di Sana'a. Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah berjaya menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan antarabangsa yang tidak asing lagi, Turkish Airlines. Mewakili PERMAYA dalam pertemuan bagi menandatangani kerjasama tersebut adalah Presiden PERMAYA sendiri, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat dan Turkish Airlines INC yang diwakili oleh General Manager Yemen, Mustafa Ozkahraman.


Walau bagaimanapun, proses rundingan masih lagi berjalan dengan pihak Turkish Airlines dari masa ke semasa. Alhamdulillah, rundingan awal buat permulaan ini kita telah berjaya mendapatkan penambahan kilo kargo sehingga mencapai 40kg bagi setiap penumpang yang membeli tiket melalui agen yang dilantik khas oleh PERMAYA. Dan insyaAllah, tawaran-tawaran
lain akan menyusul selepas daripada ini dengan berkat doa dan sokongan dari semua pihak.

Dalam temu bual yang dibuat sejurus selepas proses menandatangani perjanjian tersebut, Ustaz Abdul Rahman melahirkan rasa syukur dan gembira.

"Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Ilahi dengan termeterainya perjanjian ini maka kita mengharapkan terutamanya daripada ahli untuk memberi sokongan dan dokongan agar PERMAYA akan terus dapat memberikan yang terbaik khususnya yang bersangkut paut soal kebjikan ahli," katanya.

Akhirnya, kita mengharapkan usaha murni ini akan terus berjalan lancar dan sukses pada masa-masa yang akan datang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Abdul Rahman sendiri di talian +967714330899.




Oleh : Unit IT PERMAYA

2 comments:

  1. Tahniah diucapkan kpada majlis tertinggi PERMAYA khususnya dan kpda ahli2 PERMAYA di atas kemajuan yg telah dicapai..somoga sgala urusan PERMAYA untk mmbntu rkyat msia di yaman berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  2. masyaAllah.tambang ke Turki ada diskaun tak bawah PERMAYA?

    ReplyDelete