Tuesday, February 25, 2014

Ayah Ammar : Pesanan Buat Warga PERMAYA

SANA'A – Bertempat di Hotel Mercure satu pertemuan mesra diadakan diantara Presiden badan NGO (WADAH) Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman bersama Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA), Ustaz Abdul Rahman Che Mat, dengan ditemani oleh Setiausaha Agungnya, Ustaz Ahmad Furqan Bin Ismail, pada beberapa hari yang lalu. Pertemuan yang berlangsung sekitar 30 – 45 minit itu bagi menjalinkan hubungan baik pihak PERMAYA dengan badan tersebut disamping usaha untuk menambahkan rangkaian perhubungan.

Kedatangan beliau ke Yaman bagi menjayakan misi badan tersebut untuk memberi kefahaman kepada seluruh pelusuk dunia tentang peranan yang perlu dimainkan bagi mengembalikan zaman khilafah. Beliau yang juga ayah kepada Allahyarham Ahmad Ammar, pemuda yang dikenali setelah kembalinya beliau di sisi Rabnya. Dalam usia yang muda Allahyarham begitu aktif untuk membawa misi kemanusiaan walaupun pada perwatakannya adalah seorang pendiam.

Kedatangan Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman ke Yaman tidak mendapat maklumat lengkap pada awalnya. Namun atas pertolongan dan maklumat daripada beberapa orang kawan, pertemuan dapat diadakan walaupun disaat akhir.  Beliau sempat menyampaikan pesanan kepada pelajar pengajian Islam yang berada di sini melalui perantaraan PERMAYA sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia keesokan paginya . PERMAYA juga menyatakan kekesalan kerana tidak dapat mengaturkan program beliau bersama pelajar.

Pada pengetahuan beliau, tidak menyangka jumlah pelajar yang berada di Sana’a mencecah angka 300 orang. Oleh kerana itu, beliau tidak merangka untuk mengadakan program bersama pelajar di sini dan lebih menumpukan kepada tujuan utama beliau.

 Diantara pesanan yang disampaikan kepada pelajar ialah :

1. Setiap Ilmuan Islam mesti memahami bahawa Islam merangkumi semua aspek dan mesti mahir untuk menterjemahkannya dalam konteks semasa.
2. Mengenepikan segala perbalahan sesama sendiri dan memberi focus terhadap permasalahan umat Islam sedunia. Serta memikirkan bagaimana cara untuk bersatu mengembalikan kegemilangan Islam di dunia.
3. Sentiasa mengikuti dan mengambil berat isu semasa umat Islam dan memikirkan jalan penyelesaian.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan pesanan dan nasihat yang disampaikan oleh beliau.



Oleh : Ahmad Nafruq

1 comment:

  1. assalamualaikum . blh ana tny berkenaan procedure nk msuk ke uivrst yaman?? nk berhubung dgn spe?

    ReplyDelete