Sunday, August 31, 2014

MAJLIS RAMAH MESRA

SANA'A- Sebuah Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Ustaz Rosli bin Abdul Jabar, serta Ustaz Shaharudin Mohd di rumah PERMAYA. Ia diadakan pada hari khamis, pada tarikh 28 Ogos 2014. Pihak PERMAYA mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengannya untuk beliau menceritakan sedikit pengalaman beliau setelah sekian lama menceburi dalam bidang dakwah dan politik.

 Majlis tersebut bersempena kedatangan YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar, ADUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang Darul Makmur, ke Sana'a, Yaman. Tujuan kedatangan beliau ke Sana'a ialah untuk melawat anaknya yang sedang belajar di salah satu universiti di sana. Manakala Ustaz Shaharudin Mohd pula sedang menjawat jawatan Ketua Perancangan Unit Amal di Negeri Pahang Darul Makmur.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah di rumah PERMAYA. Kemudian diikuti dengan perkongsian pengalaman kedua-dua mereka sepanjang menceburi di jalan perjuangan serta jihad. Perkongsian sebegini sememangnya amat penting bagi pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengambil bidang agama di bumi Sana'a ini. Ia adalah bagi persediaan untuk menempuh jalan yang penuh cabaran apabila mereka pulan ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan para anbiya' serta rasul.

Ia diakhiri denga jamuan aqiqah selepas pada solat Isyak berjemaah. Semoga majlis begini dapat lagi membangkitkan semangat pelajar-pelajar Malaysia untuk terus berjuang mengembangkan syiar Islam di Malaysia.


0 comments:

Post a Comment