Saturday, August 23, 2014

KULIAH KHAS: "VIVA PALESTIN"

SANA'A- Lajnah Dakwah & Tarbiah telah menganjurkan sebuah kuliah khas "Viva Palestine" pada 21 Ogos 2014  bersempena tentera Israel laknatullah menyerang semenanjung Gaza sejak bulan Julai 2014. Kuliah tersebut bertempat di Rumah PERMAYA serta mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan.

 Lajnah Dakwah & Tarbiah menjemput Ustaz Darda' bin Mohamad, sebagai penceramah pada malam itu. Beliau merupakan seorang lepasan dalam bidang Pengajian Islam di universiti di England. Beliau sekarang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Jihad dalam Al Quran dan Sunnah dan Dakwah dan Politik dalam Islam.

Kuliah khas tersebut bermula selepas solat Maghrib berjemaah di rumah PERMAYA. Ia diawali dengan tayangan tiga video pendek yang berkaitan tentang Palestin dan Syria, bertujuan untuk memberi gambaran tetang penderitaan umat Islam di Palestin dan seluruh dunia. Kemudian diikuti dengan pencerahan tentang sejarah pendudukan Yahudi di Palestin yang bermula daripada zaman Nabi Ibrahim a.s. Ia diikuti dengan langkah-langkah untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin.

Ia berakhir pada pukul 9.30 malam dan disempurnakan dengan solat Isyak berjemaah. Kuliah ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran pelajar Malaysia di Yaman tentang kesusahan yang menimpa pada saudara-saudara kita di Palestin. Moga-moga ia dapat terus membakar semangat untuk sama-sama menyaksikan pembebasan Masjidil Aqsa di Palestin. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment