
Sana’a – Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) baru-baru ini melalui Majlis Eksekutif-nya (gambar) telah menganjurkan satu majlis penerangan tentang “Safar Mar-ah”. Majlis tersebut dihadiri sekitar 70 orang termasuk perempuan dan bermula sekitar jam 7:15 malam. Sebelum majlis penerangan bermula, hadirin sempat diperkenalkan siapa dan apa itu Majlis Eksekutif.
Selepas penerangan tersebut dibentang oleh ahli Majlis Eksekutif, hadirin diberi peluang yang luas untuk bersoal jawab secara ilmiah serta bertukar pandangan dengan ahli Majlis Eksekutif tentang “Safar Mar-ah”.
Di dalam sesi soal jawab dan bertukar pandangan , keadaan ketika itu sungguh meriah dan sarat dengan perbincangan dan lontaran hujah yang bersumberkan dalil-dalil dari Al-quran, Hadith dan petikan pandangan-pandangan Ulamak yang muktabar. Alhamdulillah, majlis ini banyak membuka minda ahli Permaya tentang apakah yang dimaksudkan “Safar Mar-ah”, pendapat ulamak serta dalil-dalilnya.
Di akhir program, kesimpulan sempat diberikan oleh ustaz Mohd Iqbal bin Abu Yaziz selaku pengerusi Majlis Eksekutif tentang Permaya tetap dengan pendiriannya, bahawa tidak menggalakkan mana-mana perempuan bermusafir tanpa mahramnya khususnya ke Yaman.