ETTIHAD PERMAYA ENTERPRISE

13110001242107 Islamic CIMB bank

PERMAYA SESI 2014/2015

'Permaya Dihatiku'

Layari channel Youtube kami

WWW.YOUTUBE.COM/PERMAYATV

AKTIVITI PERMAYA

Laporan aktiviti dan program, diupdate dari masa ke semasa.

TEAM MEDIA PERMAYA

Penjana media persatuan.

Friday, March 28, 2014

Peluang Baik..!!

Hasil perbincangan dua hala dengan badan NGO yang hadir ke bumi Yaman baru-baru ini. Alhamdulillah, Permaya telah berjaya mencapai kata sepakat demi untuk membantu berkaitan kebajikan ahli yang memerlukan. InsyaAllah pihak Permaya akan cuba mengusahakan proses mendapatkan bantuan zakat dari pihak yang tertentu, dan mudah-mudahan dengan berkat doa yang tidak putus kita panjatkan akan membuahkan hasil yang baik untuk kita semua.

Dengan itu, bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan zakat tersebut bolehlah mengisi borang yang tertera di bawah ini berserta dengan lampiran-lampiran yang dinyatakan. Setiap borang yang telah diisi lengkap boleh diserahkan di pejabat Permaya atau terus kepada Setiausaha Agung Permaya, Ustaz Ahmad Furqan Ismail, dan Ustaz Muhammad Nasiruddin Othman. Tarikh akhir penyerahan borang adalah 12/4/2014.

Wednesday, March 19, 2014

Kesepakatan PERMAYA - Turkish Airlines : Berjalan Lancar


SITTIN - Alhamdulillah, bertempat di pejabat Turkish Airlines INC yang berpengkalan di Sana'a. Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah berjaya menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan antarabangsa yang tidak asing lagi, Turkish Airlines. Mewakili PERMAYA dalam pertemuan bagi menandatangani kerjasama tersebut adalah Presiden PERMAYA sendiri, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat dan Turkish Airlines INC yang diwakili oleh General Manager Yemen, Mustafa Ozkahraman.

Tuesday, February 25, 2014

Ayah Ammar : Pesanan Buat Warga PERMAYA

SANA'A – Bertempat di Hotel Mercure satu pertemuan mesra diadakan diantara Presiden badan NGO (WADAH) Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman bersama Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA), Ustaz Abdul Rahman Che Mat, dengan ditemani oleh Setiausaha Agungnya, Ustaz Ahmad Furqan Bin Ismail, pada beberapa hari yang lalu. Pertemuan yang berlangsung sekitar 30 – 45 minit itu bagi menjalinkan hubungan baik pihak PERMAYA dengan badan tersebut disamping usaha untuk menambahkan rangkaian perhubungan.

Kedatangan beliau ke Yaman bagi menjayakan misi badan tersebut untuk memberi kefahaman kepada seluruh pelusuk dunia tentang peranan yang perlu dimainkan bagi mengembalikan zaman khilafah. Beliau yang juga ayah kepada Allahyarham Ahmad Ammar, pemuda yang dikenali setelah kembalinya beliau di sisi Rabnya. Dalam usia yang muda Allahyarham begitu aktif untuk membawa misi kemanusiaan walaupun pada perwatakannya adalah seorang pendiam.

Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul : Bukan Sekadar Sambutan

بسم الله الرحمن الرحيم

لقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Artinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai orang Islam dan  umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana yang diketahui umum, bulan Rabiu'l Awwal merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Namun peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia.

Tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa yang hendak menyambut hari kelahiran baginda SAW. Apa yang penting kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama dalam segenap aspek kehidupan.

Sunday, January 12, 2014

Pekeliling Keadaan Semasa di Yaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبي لا نبي بعده محمد صلى الله عليه وسلم، أما بعد؛

Syukur kita ke hadrat Allah SWT yang masih melimpahkan kurnia nikmatnya ke atas kita sehingga masih diberikan kesempatan untuk berada di bumi Iman & Hikmah ini.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإيمان يمن والحكمة يمانية

Iman itu bererti kita sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT dan moga-moga kita sentiasa berada dijalan yang diredhai oleh Allah SWT dalam menuntut ilmu agama-Nya.

Thursday, January 2, 2014

Ramah Mesra Bersama Staff Kedutaan

HADDAH - Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) yang diketuai oleh Majlis Eksekutif, barisan Exco dan Hewi telah dijemput ke majlis makan malam bersama Encik Mohd Nasir bin Awang (setiausaha ketiga, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman) di kediaman beliau pada malam "Tahun Baru" baru-baru ini. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk berkenal-kenalan serta bertukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara PERMAYA dan pihak kedutaan yang telah sedia ada.

Wednesday, January 1, 2014

Perutusan Tahun Baru : Renungkan Dan Hayati Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan lafaz syukur dan memuji tuhan semesta alam. Akhirnya kita semua telah sampai ke penghujung tahun. Tahun baru yang akan ditempuhi ini, marilah sama-sama kita memperbaharui azam dan niat. Menjadikan tahun lepas dan sebelumnya sebagai muhasabah dan ukuran, supaya tahun baru ini dapat memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan.

Melihat situasi semasa, sama ada di Malaysia mahupun di bumi yang kita berada sekarang ini, Yaman. Semakin hari berbondong-bondong rakyat atau pelajar Malaysia memilih Yaman sebagai destinasi untuk menyambung pengajian. Saya menyeru supaya kita yang telah berada di sini memberikan kerjasama untuk sama-sama mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Bermaafan dan saling bantu-membantu.

Saturday, December 28, 2013

Ma'had Oxford : Pertemuan Empat Mata Berjalan Lancar

Update Terkini - Beberapa hari lepas, PERMAYA yang diwakili oleh Presidennya, Ustaz Abdul Rahman Bin Che Mat telah bertemu dengan Ketua Bahagian Pelajar Bukan Arab (Wafidin), Ustaz Arif, di Ma'had Oxford yang terletak di kawasan Dairy (gambar). Pertemuan tersebut berlaku rentetan beberapa isu yang berlegaran dikalangan pelajar terutamanya pelajar Malaysia yang berdaftar di Ma'had tersebut.