Bismillahirrahmanirrahim..
Yaman adalah antara destinasi tumpuan bagi mereka yang mahu mahir berbahasa arab, Yaman juga adalah sasaran bagi mereka yang ingin mempelajari agama dengan lebih dalam. Yang teristimewa, bahasa arab Yaman merupakan antara bahasa yang paling dekat dengan 'Fusahah' (bahasa arab asli).
Terdapat dua kategori pusat pengajian yang sedang didiami oleh pelajar Malaysia sekarang. Iaitu Maahad dan Jamiah (Universiti). Sijil daripada kebanyakan universiti di Yaman adalah sah untuk dilanjutkan pelajaran di Malaysia. Kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia yang menghabiskan Ijazah B.A biasanya akan melanjutkan pelajaran diperingkat M.A di Yaman ataupun di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau lain-lain universiti.
Berikut adalah malumat ringkas beberapa kolej dan universiti yang yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia sekarang :
P/S: Senarai pusat pengajian di Sana'a sahaja. Lain-lain tambahan kami akan update pada masa akan datang. Insya Allah.
# KATEGORI JAMIAH (UNIVERSITI)
1. UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (UST)
(IJAZAH)
Tempoh Pengajian : 4 Tahun
Pendaftaran : RY 10,000
Yuran : USD 800 (1 Tahun)
Bidang Pengajian : BAHASA ARAB
(DIPLOMA)
Tempoh Pengajian : 1 @ 2 Tahun
Pendaftaran : RY 10,000
Yuran : USD 800 (1 Tahun)
VISA : RY 8000 (Dirasat & B.Arab)
2. JAMIAH IMAN
Bidang Pengajian : PENGAJIAN ISLAM
(IJAZAH)
Tempoh Pengajian : 7 Tahun
Yuran : PERCUMA
Bidang Pengajian : BAHASA ARAB
(DIPLOMA)
Tempoh : 2 Tahun
Yuran : PERCUMA
*( VISA dibuat di Maahad Oxford @ Jamiah Yamaniah)
3. JAMIAH YAMANIAH
Bidang Pengajian : DIRASAT ISLAMIAH
(IJAZAH)
Tempoh Pengajian : 4 Tahun
Pendaftaran : RY 18,000
Yuran : USD 500 (1 Tahun)
VISA : RY 13,800
1. MAAHAD DARUL QURAN
Bidang Pengajian : QIRAAT & HAFAZAN
Tempoh Pengajian : 5 TAHUN
Pendaftaran : RY 50,000 (kali pertama)
RY 30,000 (kali ke-2 & seterusnya)
* (Pendaftaran termasuk yuran 1 tahun)
2. MAAHAD OXFORD
Bidang Pengajian : BAHASA ARAB
Yuran : USD 282 (1 Tahun)
* (Yuran termasuk pendaftaran)
* Lazimnya sebagai tempat membuat visa untuk
beberapa universiti.
3. MAAHAD KHALIS
Bidang Pengajian : BAHASA ARAB
Tempoh Pengajian : 3 Bulan @ 1 Tahum
Yuran : USD 300 (1 Tahun)
VISA : RY 10,000
4. MAAHAD YIAL
Bidang Pengajian : BAHASA ARAB
Tempoh Pengajian : 3 Bulan @ 1 Tahun
Yuran : USD 300 (1 Tahun)
VISA : USD 200
* (Cara pengajaran 'face to face')
* (Sesetengah Maahad ada juga terdapat bidang Bahasa Inggeris)
Terdapat beberapa lagi Universiti & Maahad yang tidak disenaraikan. Insya Allah kami akan senaraikan tambahan pada masa akan datang.
Akhir kalam, semoga dengan usaha kita menuntut ilmu ini bakal mendapat rahmat daripada Allah S.W.T seterusnya menggapai mardhotillah. Amiin..
boleh bagi info? kalau tak ada spm atau apa2 sijil persekolahan macam mana nak belajar di sana ye? ada tak sistem pengajian seperti pengajian pondok di sana? saya berminat nak bermastautin di sana. tapi tak tahu bagaimana. mohon bantu yaa. assalamualaykum..
ReplyDeleteAssalamualaikum... Maaf..ingin bertanya knmngenai system kemasukan disana?? Bgaimana utk org yg tiada sijil spm atau ape2 sijil akademik sperti PMR juga misal kata...Ana lepasan dari maahad tahfiz at-tijarah..ada sijil upsr n psra disana...kmudian mnymbung hafazan di maahad tahfiz at-taqwa selama tiga tahun...da khattam tp xsempat syahadah sbb sakit...kmudiannya mnymbung pelajaran di maahad ad-dirasatil islamiyyah bahagian alimah(pengajian kitab) slama 3tahun...lps tu berhenti sbb yuran mahal...jd,bgaimana jika nk smbung bljr disana...sbb saya minat bljr kitab...lbih2 lg ilmu tasauf Dan syariah...
ReplyDeleteSiapa nama??saya pon beljar tijarah
DeleteNak hubungi siapa untuk kemasukab
ReplyDeleteTop 10 Tithi Titanium Ore | TitsaniumArts.com
ReplyDeleteTitsaniumArts.com black titanium fallout 76 The original name titanium forging is titanium flash mica derived from power supply titanium the ancient ore known ford edge titanium as "titanium-art".