-Berhubung Keadaan Semasa dan Kedatangan Pelajar Wanita ke Yaman.-
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, pujian dan syukur terhadap Ilahi di atas segala
nikmat yang diberi. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw. Kerana dengan pengorbanan dan ketabahan baginda dalam
membawa risalah nubuwwah. Maka pada hari ini kita dapat mengecapi nikmat Iman
dan Islam.
Berhubung dengan keadaan semasa di Yaman pada hari ini, setelah
penelitian dan pengamatan saya dan pimpinan Permaya. Berikutan suasana politik
Yaman yang masih tidak menentu dan separa stabil. Kami mengharapkan agar
seluruh mahasiswa dan para pelajar mengambil tanggungjawab dan kerjasama yang
baik bagi membantu gerak kerja Permaya. Segala peraturan dan etika keselamatan
yang telah dikeluarkan beberapa kali sebelum ini haruslah dipatuhi.
Namun begitu, diharapkan kepada ibubapa serta keluarga mahasiswa
dan para pelajar yang berada di Malaysia. Jangan khuatir dan merasa bimbang.
Keadaan di sini masih lagi terkawal dan tiada mengalami sebarang masalah.
InsyaAllah pihak kami akan sentiasa memantau dan memberikan perkembangan
terkini dari semasa ke semasa.
Disamping itu kami dari pihak Permaya juga mengharapkan kepada
mahasiswa dan para pelajar agar tidak membawa cerita dan menyebarkan berita
yang tidak benar.
Waktu Sesuai Untuk Penghantaran Pelajar Baru.
Memandangkan Yaman merupakan diantara negara timur tengah yang
masih aman. Pihak Permaya sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar ke
negara ini untuk menyambung pengajian diperingkat seterusnya. Justeru itu pihak
kami telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu program bagi memudahkan
perjalanan mereka-mereka yang ingin datang ke sini.
Program Selangkah ke Bumi Hikmah (SBH) telah berjalan hampir
sebulan yang lalu dan sedang berjalan sehingga ke tarikh yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut boleh dilihat di dalam iklan kami di Facebook atau Blog.
Berhubung dengan perkara ini juga, terdapat para pelajar dan
ibubapa yang menghubungi pihak kami secara langsung mahupun tidak langsung
untuk menghantar anak perempuan mereka ke sini. Untuk pengetahuan umum, ingin
saya tegaskan di sini, pihak kami hingga ke hari ini masih lagi tidak
menggalakkan pelajar wanita untuk menyambung pengajian di sini kecuali
mempunyai mahram (ibubapa, adik-beradik lelaki atau suami).
Ketetapan ini diambil sehubungan dengan pandangan ulamak
setempat dan mengambil kira persekitaran masyarakat di sini yang amat
memuliakan wanita serta menjaganya. Justeru itu, pihak kami amatlah berharap
agar situasi ini dapat difahami oleh kita. Sementelah lagi kita semua berada di
bumi orang yang jauh berbeza cara peradaban dan adat serta pengamalan Islam di
bumi yang bertuah ini.
Justeru itu, dengan penegasan dan kenyataan ini diharapkan
segala permasalahan dan persoalan yang telah ditimbulkan sebelum ini telah
terjawab.
"Permaya Dihatiku"
"Ukhuwah Dierat Menjulang Syariat"
Yang benar,
Muhammad
Nasiruddin Bin Othman
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
Sesi 2014/2015
15 Ogos 2014